HomeBeritaPolitikHujan di Puchong tak jejas kempen calon BN

Hujan di Puchong tak jejas kempen calon BN

PUCHONG: Hujan yang tidak berhenti sejak jam 4 petang pada Ahad tidak mematahkan semangat juang calon Barisan Nasional (BN) di Puchong, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader untuk meneruskan program kempennya yang berbaki lagi lima hari.

Hujan lebat yang menjadi punca banjir kilat menyebabkan program konvoi motosikal dari Lestari Putra ke Taman Dato Demang ditangguhkan.

Begitu juga penduduk Kampung Sri Aman, di sini walaupun air naik hingga paras buku lali namun tidak mematahkan semangat mereka untuk hadir mendengar ceramah calon berkenaan.

Tinjauan MEDIA VARIASI mendapati puluhan penduduk tetap hadir pada ceramah sebelah malam demi mendapat maklumat tepat sebelum keputusan dibuat pada 19 November nanti.

Hujan berhenti tatkala jam 9.30 malam, Syed Ibrahim tiba ke ceramah dan meneruskan program terakhir pada hari kempennya ke lapan.

Terdahulu beliau telah bersama penduduk di Pasar Segar Pak Lang, meninjau premis perniagaan sekitar, ziarah kasih ke rumah di Kampung Seri Aman.

Beliau menyertai gotong-royong dibuat di Tadika KEMAS Ar Raudah Kampung Sungai Baru dan hadir ke kenduri rakyat di Flat Puchong Permai.

Sebelah petang sebelum hujan lebat, beliau sempat ke perjumpaan dengan 14 NGO kaum Cina di Seri Kembangan dan di Kampung Taman Mas.

Begitulah padatnya jadual pangliman perang BN yang tidak putus asa untuk memastikan kemenangan BN di Puchong.

 

Author

Pilihan Editor