HomeSukanIbu sokong penuh minat anak perempuan ceburi sukan bola sepak

Ibu sokong penuh minat anak perempuan ceburi sukan bola sepak

SUBANG: Melihatkan bidang sukan bola sepak wanita semakin menyerlah, tidak hairanlah ramai ibu bapa menghantar anak-anak perempuan mereka ke latihan sukan itu untuk memajukannya lagi.

Itulah apa yang dikongsikan seorang ibu pemain Grand Final Kejohanan Futsal MOTA Dalaman (KFMD) 2022 Piala Lautan Variasi yang diadakan di Sportizza Subang pada Ahad.

Serimah Ibrahim mempunyai seorang anak perempuan iaitu Nur Afiqah Batrisyia, 12, yang juga merupakan seorang pemain dari MOTA Akademi Ampang yang menyertai kejohanan tersebut.

Serimah berkata kepada MEDIA VARIASI, antara sebab dia menghantar anaknya ke MOTA Akademi adalah kerana ingin menyokong penuh minat anak perempuannya dalam sukan itu.

“Pertama sekali, memang dia sendiri yang betul-betul berminat untuk mengikuti bola sepak wanita, saya memang hantar setiap hari hujung minggu dan ada juga masuk liga luar.

“Memandangkan sukan bola sepak wanita sekarang ini sedang berkembang jadi saya rasa perkara macam ini sangat bagus untuk hantar anak-anak.

“Saya bukan dari latar belakang bermain bola sepak, tetapi disebabkan anak saya minat bermain bola sepak, jadi saya menyokong anak dari belakang,” katanya.

Mengulas mengenai pilihan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka berlatih sukan bola sepak, Serimah menjelaskan apa yang penting juga adalah minat anak-anak itu sendiri terhadap sukan tersebut.

“Bagi saya bola sepak untuk anak-anak wanita zaman sekarang sangat menyerlah, tetapi perkara seperti ini perlu lahir dari minat pemain itu sendiri.

“Kalau minat, memang tidak menjadi masalah lah untuk saya sama ada bagi wanita atau lelaki yang bermain bola sepak

“Saya rasa untuk MOTA Akademi ini sangat bagus kerana sudah sangat meluas dan daripada MOTA jugalah anak-anak ini berkembang, futsal, bola padang, saya rasa sangat baguslah anak-anak perempuan yang berminat boleh teruskanlah,” katanya lagi.

Author

Pilihan Editor