HomeBeritaPolitikKali terakhir terima bantuan banjir zaman BN - Penduduk Puchong

Kali terakhir terima bantuan banjir zaman BN – Penduduk Puchong

SERDANG: Kali terakhir rakyat Parlimen Puchong menerima bantuan khususnya ketika musim banjir, di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dipimpin Datuk Mohamad Satim Diman.

Mohamad Satim adalah Ketua UMNO Bahagian Puchong, yang menang dua penggal pilihan raya 2004 dan 2008, pernah menjadi Ketua Pembangkang Selangor selepas BN/UMNO tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Rata-rata penduduk di Taman Sri Serdang, di sini sudah menyedari wakil rakyat baharu selepas PRU14 daripada Pakatan Harapan (PH) gagal melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat yang memberi amanah dan mandat kepada mereka.

Penduduk Taman Seri Andalas, Yahya Che Noor, 70, menyindir pemimpin PH yang hanya memberikan harapan palsu tidak selari dengan nama parti yang dilaungkan selama ini.

“Kawasan ini sudah dilanda tiga kali banjir, tetapi wakil rakyat kali ini tak pernah turun pun beri bantuan, bagi harapan tetapi tinggal harapan saja, jadi macam mana rakyat nak dapat bantuan, rumah pun dah nak reput.

“Sepanjang saya duduk sini sejak tahun 1970-an, saya hanya dapat bantuan daripada Datuk Satim zaman BN.

“Sebab itu sampai sekarang saya tak pernah pangkah (undi) lain, jatuh bangun BN sekalipun saya tetap takkan bertukar haluan walau apa nak jadi pun,” katanya ketika ditemui MEDIA VARIASI.

Seorang lagi penduduk, Zaihan Marman, 64, mengharapkan calon yang menang di kawasan itu sentiasalah turun padang melihat keadaan rakyat berdepan masalah terutama ketika musim banjir.

Zaihan Marman

Katanya, wakil rakyat PH sebelum ini terlalu gagal menyelesaikan isu rakyat dengan baik.

“Kalau boleh buatlah sesuatu terutama isu banjir. Sistem perparitan di sini tak begitu cantik, kebanyakan berpunca daripada akar pokok menghimpit longkang, selain kawasan tadahan (cetek) dan aliran air daripada lebuh raya besar berhampiran.

“Paling penting, minta wakil rakyat atasi masalah banjir di sini, atau kolam tadahan didalamkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) buatlah sesuatu, kadangkala kita terlalu bimbang paras air naik agak kritikal sehingga satu kaki,” katanya.

Author

Pilihan Editor