HomeGaya HidupMenarik! 'Pekebun Kiriman Tuhan' jadikan laman rumah kebun golden melon

Menarik! ‘Pekebun Kiriman Tuhan’ jadikan laman rumah kebun golden melon

 

CYBERJAYA: Siapa sangka di sebalik ujian yang melanda tersingkapnya sebuah hikmah yang mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih berharga.

Berita berkaitan: Pekebun Kiriman Tuhan hampir ‘give up’ tanam golden melon, percaya raih hasil premium sebab selalu..

Itulah yang dirasai Mohamad Yazid Mohamad Nazri, 33, apabila tanaman buah ‘golden melon’ yang diusahakannya di kediamannya sendiri tular di media sosial.

Menurut Yazid atau lebih dikenali sebagai ‘Pekebun Kiriman Tuhan’, titik perubahan hidupnya itu bermula ketika Malaysia melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat jangkitan COVID-19, dua tahun lalu.

Pada ketika itu, Yazid yang berasal dari Perak, turut terkesan dari segi emosi dan masalah kewangan lantas memilih untuk melakukan aktiviti berkebun sebagai terapi.

Menjadi inspirasi, terapi yang dilakukan itu menarik perhatian orang ramai apabila Yazid mula berkongsi hasil tanamannya di media sosial.

Malahan, rata-rata warga maya teruja dan berminat untuk melihat kebun buah melon yang Yazid usahakan meskipun dia hanya mengusahakan di kediamannya yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Berita berkaitan: Pekebun Kiriman Tuhan hampir ‘give up’ tanam golden melon, percaya raih hasil premium sebab selalu..

Menurut Yazid yang bekerja di sebuah firma arkitek di Kuala Lumpur, pada mulanya pelbagai jenis sayuran ditanamnya, namun selepas berpindah tumpuan banyak diberikan pada tanaman buah melon.

“Saya tanam pelbagai jenis tanaman sayuran, cuma kali ini bila saya dapat peluang berpindah rumah yang punyai kawasan lebih luas saya tumpukan tanaman melon,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Pekebun Kiriman Tuhan hampir ‘give up’ tanam golden melon, percaya raih hasil premium sebab selalu..

Ketika ditanya adakah sukar menjaga tanaman buah itu, Yazid akui bahawa melon merupakan sejenis buah yang sensitif kerana perlu diberikan perhatian setiap hari.

“Kos maintenance pokok agak tinggi dengan baja yang semakin naik, peralatan kebanyakan saya DIY,” katanya.

Menariknya, inisiatif tanaman yang diusahakan Yazid itu hanyalah berpandukan ilmu di media sosial sahaja.

 

Berita berkaitan: Pekebun Kiriman Tuhan hampir ‘give up’ tanam golden melon, percaya raih hasil premium sebab selalu..

Dalam pada itu, Yazid berpendapat bahawa tidak wujud istilah ‘tangan panas’ dalam dunia perkebunan.

“Saya tidak setuju, kerana tidak adil untuk dikatakan begitu. Contoh jika seseorang itu dikatakan tangan panas, adakah dia langsung tiada peluang untuk menanam?

“Allah ciptakan hambanya sebaik-baik kejadian, cuma yang paling penting adalah ilmu. Jika kita kuasai dan fokus teknik sesuatu tanaman, insyaAllah akan berhasil. Doalah agar tanaman berjaya,” ujarnya.

Berita berkaitan: Pekebun Kiriman Tuhan hampir ‘give up’ tanam golden melon, percaya raih hasil premium sebab selalu..

Author

Pilihan Editor