HomeBeritaPelajar harap calon dengan manifesto untungkan rakyat menang PRU15

Pelajar harap calon dengan manifesto untungkan rakyat menang PRU15

SHAH ALAM: Pelajar, Ariff Haiqal Zulkepli, 22, berharap calon yang mempunyai manifesto menguntungkan rakyat akan menang bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ariff berkongsikan harapannya itu kepada MEDIA VARIASI selepas turun mengundi PRU15 bagi Parlimen Shah Alam di Sekolah Kebangsaan Raja Muda pada Sabtu.

“Untuk di Shah Alam, khususnya, saya harap kita dapat pemimpin yang dapat menyelesaikan masalah yang paling penting di Shah Alam iaitu masalah banjir.

“Saya tengok sepanjang tempoh berkempen ini, ada calon yang mengemukakan manifesto yang bagi saya menguntungkan rakyat, jadi saya harap orang itu terpilih menjadi Ahli Parlimen Shah Alam,” katanya.

Pada masa sama, Ariff juga menyeru semua anak muda untuk turun mengundi selagi boleh bagi menetukan masa depan negara yang stabil.

“Untuk anak muda, saya rasa ini peluang anda semua kerana kita dapat mengundi lima tahun sekali.

“Jadi kalau kita sia-siakan peluang sekarang ini, kena tunggu lagi lima tahun dan mungkin sepanjang kita nak tunggu lima tahun itu mungkin ada keadaan negara kita tidak stabil dan sebagainya.

“Ini peluang untuk kita pastikan dapat memilih kestabilan negara yang sebenar-benarnya,” katanya lagi.

Author

Pilihan Editor