HomeBeritaPenduduk kecewa Puchong makin kotor, PH gagal urus isu sampah

Penduduk kecewa Puchong makin kotor, PH gagal urus isu sampah

SERI KEMBANGAN: Penduduk di Puchong meluahkan rasa kecewa isu pembersihan sampah di daerah ini berada di tahap yang kritikal dan membimbangkan.

Rata-rata mendakwa isu ini timbul sejak Pakatan Harapan (PH) dengan gabungan PKR, DAP, Amanah mengambil alih kerajaan Selangor dari Barisan Nasional (BN) sejak 2008.

Wakil penduduk di Taman Puchong Utama Court 1, Mahazan Kawi berkata, isu itu adalah antara dua isu yang tidak pernah selesai sejak PH mengambil alih, mungkin disebabkan pelantikan kontraktor dengan kos terlalu murah.

“Kontraktor pembersihan yang dilantik saya lihat banyak menggajikan warga asing tetapi mereka tidak ikhlas bekerja, datang ke lokasi ambil gambar dan selepas itu beransur pergi.

“Kerja tak dibuat, akhirnya longgokan sampah dan jentik-jentik bermaharajalela di kawasan ini, demam denggi bertambah,” katanya ketika menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Puchong, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader ke Puchong Utama Court .

Syed Ibrahim Kader menyantuni penduduk Puchong

Syed Ibrahim melakukan program walkabout calon BN di P103 Puchong ke Puchong Utama Court 1 dan menyantuni penduduk sekitar sama ada di kedai makan dan penempatan rakyat.

Turut menyertai walkabout tersebut Ketua Wanita UMNO Bahagian Puchong, Hasnah Dain.

Dalam pada itu, penduduk dikenali sebagai Daud berkata, perkara lain yang menjadi isu adalah kemudahan stesen bas ditempatkan di kawasan yang salah dan tidak strategik.

“Bas tidak masuk kawasan itu kerana tidak strategik, bas RapidKL tersadai di tepi padang dengan keadaan lalang sudah sama tinggi dengan orang.

“Di Puchong terlalu banyak isu, bab kebersihan memang gagal, saya tidak tahu apa Majlis Bandaraya Subang Jaya buat, ” katanya.

Keadaan longkang yang tidak diuruskan dengan baik sehingga banyak jentik-jentik di Taman Puchong Permai

Tinjauan MEDIA VARIASI ke lokasi terbabit turut mendapati jalan raya yang rosak, berlopak, keadaan longkang yang teruk, longgokan sampah yang tidak diurus Majlis Bandaraya Subang Jaya.

 

Author

Pilihan Editor