HomeBeritaPolis laksana sekatan jalan raya 24 jam di seluruh negara

Polis laksana sekatan jalan raya 24 jam di seluruh negara

CYBERJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah di seluruh negara dengan penugasan secara 24 jam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, langkah mengadakan sekatan jalan raya itu adalah sebahagian daripada inisiatif PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan ‘omnipresence’ atau kehadiran polis.

Menurutnya, sekatan itu  telah mula dilaksanakan sejak malam tadi.

“Langkah ini bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan lalu lintas atau sekatan pada waktu puncak dan siang hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau meminta orang ramai supaya memberi kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui sekatan jalan raya khusunya ketika waktu puncak.

“Masyarakat tidak perlu bimbang untuk melakukan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan tahap keselamatan di seluruh negara adalah terkawal,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor