HomeBeritaPolitikSaingan sengit! KJ berdepan tujuh penjuru di Parlimen Sungai Buloh

Saingan sengit! KJ berdepan tujuh penjuru di Parlimen Sungai Buloh

 

CYBERJAYA: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini menyaksikan saingan sengit berlangsung di Parlimen Sungai Buloh dengan pertembungan tujuh penjuru.

Saingan sengit di kerusi parlimen itu membabitkan Khairy Jamaluddin daripada BN, R Ramanan (PH), Mohd Ghazali Md Hamin (PN), Mohd Akmal Yusoff (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan dua calon Bebas masing-masing, Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff, 62, serta Nurhaslinda Basri, 33.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Jusni Hashim mengumumkan tempoh penyerahan kertas pencalonan ditutup pada jam 10 pagi tadi, lapor Berita Harian pada Sabtu.

Untuk rekod, pada PRU14 lalu, kerusi Parlimen Sungai Buloh disandang oleh R Sivarasa daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 26,634.

Author

Pilihan Editor