KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret pada Jumaat diberitahu bahawa ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin merupakan satu-satunya teman lelaki Emilia Hanafi yang beliau menjalin perhubungan yang serius, sepanjang zaman persekolahan mereka sehingga mereka berkahwin pada 2004.
Berita berkaitan: Detik pilu Emilia, anak-anak terpisah, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh
Adik perempuan Emilia, Elisa Nani Hanafi, 38, berkata, beliau mengenali SM Faisal pada usia 10 tahun melalui Emilia, ketika beliau datang ke rumah mereka bersama ibunya untuk menjemput Emilia.
“Faisal bertemu Emilia melalui abang saya, Ezhan. Emilia dan Faisal ketika itu berusia 15 tahun manakala Ezhan setahun lebih muda. Pada ketika itu, Faisal tinggal di Damansara Jaya.
“Akhirnya kedua-dua keluarga kami menjadi rapat. Pada hujung minggu, saya dan adik perempuan bongsu sering mengikut Emilia melepak di rumah keluarganya atau keluar makan-makan bersama semua adik-beradiknya,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya pada perbicaraan SM Faisal yang didakwa mencederakan Emilia, yang merupakan bekas isterinya.
Berita berkaitan: Detik pilu Emilia, anak-anak terpisah, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh
Saksi pendakwaan keenam itu berkata dia juga bercuti bersama keluarga SM Faisal kerana dia tidak mempunyai rakan di Malaysia ketika itu.
“Saya akan meluangkan masa melepak bersama adik-beradik dan ibu bapanya (SM Faisal) terutama ibunya, Puan Sri Zaleha, yang saya panggil Aunty, Aunty Z, Aunty Leha atau mak dan beliau (Zaleha) sentiasa mengalu-alukan kami dan juga akan memasak makanan Melayu yang lazat untuk kami,” katanya sambil menambah bahawa sebelum itu dia dan keluarganya tinggal di Texas, Amerika Syarikat.
Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, saksi mengecam SM Faisal yang memakai kemeja-T putih dan Emilia di mahkamah.
Berita berkaitan: Detik pilu Emilia, anak-anak terpisah, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh
Beliau berkata bapa SM Faisal meninggal dunia pada tahun 2008 dan beliau juga merasakan kehilangan itu kerana SM Nasimuddin atau Uncle Nasim, gelaran yang dipanggil oleh keluarganya adalah seseorang yang dihormatinya kerana menganggap seperti bapanya sendiri.
Elisa berkata, Emilia dan SM Faisal berusia 25 tahun ketika mereka melangsungkan perkahwinan dan ketika itu dia belajar di Melbourne tetapi telah pulang untuk menghadiri majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan itu.
“Selepas Emilia melahirkan anak sulung pada 2006, saya baru sahaja kembali ke Malaysia dari Australia dan sering melawat Emilia dan keluarganya. Saya akan pergi ke kondominiumnya di Ampang setiap kali saya mahu bertemu dan bermain dengan anak saudara saya,” katanya.
Berita berkaitan: Detik pilu Emilia, anak-anak terpisah, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh
SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 November 2015.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung 6 Disember. – BERNAMA