HomeBeritaTiada banjir di Semenanjung pada PRU15

Tiada banjir di Semenanjung pada PRU15

CUACA amat baik pada awal pagi hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sekaligus menafikan kenyataan pembangkang sebelum ini yang bimbang banjir.

Tinjauan MEDIA VARIASI di sekitar Parlimen Bangi, Puchong, Kuantan, Selayang, Gombak, Titiwangsa, Hulu Selangor mendapati cuaca amat baik pada hari ini.

Semua operasi perniagaan di Parlimen Bangi ditangguhkan bagi memberi peluang kepada rakyat menjalankan tanggungjawab mereka.

Jumlah pemilih yang telah berdaftar dan boleh mengundi di dalam PRU15 adalah seramai 21,173,638 orang selepas mengambil kira Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 (DPT BLN8/2022).

Seramai 7.8 juta pemilih baru dijangka keluar mengundi bagi PRU15 berbanding ketika PRU14 empat tahun lalu.

Terdahulu, tiga negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana mengadakan persediaan banjir yang dakwanya berlaku pada hari ini.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata , mereka tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga selesai isu banjir yang dianggarkan sehingga Februari atau Mac dan mereka ada ruang untuk menetapkan (bubar DUN) selepas itu.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut bermula pertengahan November dan berlanjutan sehingga Mac tahun depan.

Ia berisiko berlakunya hujan lebat sehingga boleh menyebabkan banjir, terutama di kawasan rendah selain fenomena air pasang besar melanda kawasan pantai antara November dan Januari tahun depan.

Situasi cuaca tidak menentu menyebabkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bersiap siaga meletakkan anggota bersama aset bantuan di beberapa lokasi bencana untuk memantau keadaan semasa, terutama di persisiran pantai dan sungai.

Author

Pilihan Editor