HomeBeritaPolitikSatu undi untuk BN sama satu undi untuk Zahid propaganda bodoh pembangkang

Satu undi untuk BN sama satu undi untuk Zahid propaganda bodoh pembangkang

KUALA LUMPUR: Dakwaan satu undi kepada Barisan Nasional (BN) bersamaan satu undi kepada Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah satu propaganda bodoh parti pembangkang.

Penganalisis politik, Datuk Abd Hakim Hamidi berkata, sedar atau tidak, satu undi Pejuang samalah juga satu undi untuk Tun Dr Mahathir Mohamad, satu undi PH samalah juga satu undi untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan samalah juga satu undi PN untuk satu undi Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya nak tanya ada calon PM lain ke untuk PH, PN atau GTA?

“Satu undi inilah yang boleh menentukan kedudukan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 sama ada dapat dipilih untuk jawatan Perdana Menteri (PM).

“Pihak yang menimbulkan dakwaan undi BN sama seperti undi untuk Ahmad Zahid sebenarnya amat takut BN menang, macam-macam mereka pusing tidak berhasil.

“Dahulu propagandanya banjir sebenarnya takut kalah, sekarang mereka lebih banyak pergi berkempen letak calon, inilah sikap sebenar pembangkang, ibarat kata pepatah mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli meminta supaya pengundi di Sungai Buloh tidak mengundi Khairy Jamaluddin yang juga calon BN kerana undian berkenaan membolehkan Ahmad Zahid yang juga calon BN di Bagan Datuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau mengulas mengenai kenyataan itu berkata, sepatutnya ia tidak dijadikan sebagai isu, kerana sudah tentunya untuk membentuk kerajaan perlu undi majoriti dan pimpinan yang diterajui seorang PM.

Katanya, undi itu juga sudah tertakluk kepada setiap semua parti dalam negara yang diundi rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), dan dijadikan majoriti penanda aras kepada seseorang calon PM.

“Sudah pasti (satu undi BN, satu undi Ahmad Zahid). Jadi apa isunya? Sebab Datuk Zahid adalah Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

“Setiap undi yang diterima dan dimenangi parti, dah tentu untuk Presiden UMNO dan Pengerusi BN, begitu juga parti lain, seperti Pakatan Harapan (PH), Pejuang atau Gerakan Tanah Air (GTA), Perikatan Nasional (PN), ini satu common sense.

“Siapa jadi presiden (parti menang), sudah tentu undi menjadikan presiden parti dan Perdana Menteri, jadi, apa isunya?” katanya.

Mengulas lanjut, katanya fitnah dan idealisme membenci UMNO-BN dimulakan sendiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, sehingga dakwaan tidak masuk akal pihak lawan BN, pun menjadi isu.

“Dia telah merosakkan pemikiran rakyat, ekonomi, perundangan dan politik negara, selepas itu takut dengan Presiden UMNO, Pengerusi BN jadi PM.

“Jadi, apa masalahnya, kalau parti tidak ada majoriti, kita kena bina kerajaan campuran.

“”Macam mana pun, kita (UMNO-BN) takkan bersama dia, racun segala racun perosak untuk bangsa dan negara.

“Sudah-sudahlah, (Tun), adakah dia takut dengan bayang-bayang sendiri,” katanya.

Author

Pilihan Editor