HomeBeritaAhmad Maslan, Steven Sim dilantik Timbalan Menteri Kewangan - Anwar PM

Ahmad Maslan, Steven Sim dilantik Timbalan Menteri Kewangan – Anwar PM

CYBERJAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu sidang pengumuman senarai barisan timbalan menteri Kerajaan Perpaduan sebentar tadi.

Anwar mengumumkan senarai berkenaan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong petang tadi.

Dalam senarai tersebut, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli turut menjadi perhatian apabila dilantik menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Selain itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), manakala Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Author

Pilihan Editor