HomeNiagaAplikasi pakej umrah pertama MOEVD tawar pelbagai pakej murah

Aplikasi pakej umrah pertama MOEVD tawar pelbagai pakej murah

KUALA LUMPUR: MOEVD Groups Sdn Bhd memperkenalkan platform digital semua dalam satu, aplikasi ‘MOEVD Umrah’ kepada pengusaha agensi pelancongan umrah dan haji di Malaysia.

Menerusi aplikasi gaya hidup (People’s Lifestyle App) ini pengusaha boleh mengaturkan perjalanan dan penempatan terbaik mengikut pakej kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Moevd, Zumy Zuheidy berkata, antara kelebihan yang ditawarkan kepada agensi yang berdaftar ialah tiada kos pendaftaran, percuma promosi dan kempen yang agresif di media social dan di dalam aplikasi MOEVD sendiri.

“MOEVD juga menawarkan diskaun sebanyak RM100 untuk 100 pengguna yang membuat tempahan terawal di platform dan percuma kurma ajwa seberat 1 kilogram yang akan dihantar terus ke alamat rumah.

“MOEVD Umrah ini merupakan platform digital pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai pakej umrah dari pelbagai agensi di seluruh Malaysia.

“Pelanggan boleh membuat perbandingan dan memilih pakej umrah yang terbaik untuk diri sendiri atau keluarga secara dalam talian, pada bila-bila masa dan di mana sahaja” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Sri Razali berpendapat dengan adanya platform MOEVD Umrah ini, semua agensi yang berdaftar di bawah PAPUH boleh menggunakan platform ini untuk mempromosikan dan mengembangkan lagi rangkaian perniagaan umrah mereka.

“Moevd juga mengadakan promosi di ekspo-ekspo pelancongan serta di pusat beli belah untuk capaian pasaran pengguna yang lebih meluas.

“Aliran sistem MOEVD Umrah juga telah dibentangkan supaya agensi lebih mudah untuk memahami dan menggunakan platform ini, ” katanya lagi.

Melalui platform ini agensi umrah yang telah berdaftar boleh menawarkan semua pakej umrah sepanjang tahun kepada bakal jemaah umrah.

Untuk makluman lanjut mengenai aplikasi Moevd, sila layari https://moevd.com/ atau https://umrah.moevd.com dan laman sesawang Facebook dan Instagram.

Author

Pilihan Editor