HomeTeknologiApple terpaksa akur arahan EU, benarkan pengguna pasang aplikasi dari luar App...

Apple terpaksa akur arahan EU, benarkan pengguna pasang aplikasi dari luar App Store

CYBERJAYA: Pengeluar telefon pintar iPhone dan gergasi teknologi pengguna, Apple terpaksa akur dengan arahan Kesatuan Eropah (EU) untuk membenarkan pemasangan aplikasi dari luar ekosistem App Store.

Apple kini dalam persediaan membenarkan pemasangan aplikasi dari stor aplikasi pihak ketiga serta secara sideload pada iPhone serta iPad, lapor Bloomberg.

Pelaksanaan itu dijalankan bagi bagi memenuhi Digital Markets Act (DMA) Kesatuan Eropah yang memerlukan pengeluar aplikasi membenarkan pengguna memilih dari mana mereka ingin mendapatkan aplikasi yang diinginkan menjelang 6 Mac 2024.

Selain itu, DMA turut mengarahkan Apple untuk membenarkan penghantaran mesej rentas platform antara pengguna.

Perkara itu secara tidak langsung memaksa Apple membolehkan iMessage menerima mesej daripada aplikasi WhatsApp.

Lapor Amanz, bermula 2024 juga besar kemungkinan iPhone akan turut menggunakan USB-C turut kerana arahan yang dikeluarkan oleh EU tahun ini.

Untuk rekod, Eropah merupakan antara pasaran utama Apple maka syarikat gergasi itu harus akur dengan arahan pihak berkuasa.

Author

Pilihan Editor