KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memohon maaf kepada seluruh rakyat Terengganu kerana berada di luar negara ketika waktu kemuncak negeri itu dilanda gelombang kedua banjir.
Beliau mengakuĀ apa pun penjelasan yang diberikannya, ia tidak akan dapat membetulkan keadaan bahawa beliau tiada di sisi rakyat Terengganu ketika mereka ditimpa kesusahan ekoran bencana alam itu.
āOleh kerana saya tidak dapat bersama dengan mangsa banjir pada tempoh 18 Disember hingga 21 Dis iaitu waktu yang kritikal (banjir), saya ingin mengambil kesempatan memohon jutaan kemaafan daripada seluruh mangsa dan rakyat Terengganu atas apa yang telah berlaku.
“Saya faham, saya tidak boleh berikan apa jua alasan, dan sudah tentu tidak boleh membetulkan keadaan ketiadaan saya di sisi rakyat Terengganu di waktu sebegini,ā katanya dalam sidang media selepas menghadiri Taklimat Pengurusan Bencana Banjir di Pejabat Daerah Kemaman, dan rakaman sidang media ituĀ dimuat turun dalam laman Facebook miliknya hari ini.
Ahmad Samsuri menjelaskan beliau mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya ke luar negara setelah banjir gelombang pertama yang berlaku pada 8 Dis hingga 17 Dis lepas mulai reda, namun tempoh kemuncak banjir gelombang kedua berlaku ketika beliau sudah berada di luar negara.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak sesekali mengabaikan tanggungjawabnya sebagai menteri besar, dengan sentiasa memantau keadaan banjir dari semasa ke semasa, dan sering berhubung dengan ketua-ketua agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
āMana-mana yang tidak memerlukan keputusan saya sebagai menteri besar telah diambil perjalanannya oleh semua ketua-ketua agensi terlibat dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri setiap hari.
āā¦ dan jika ada yang memerlukan keputusan saya sebagai menteri besar walau ketiadaan saya dalam tempoh 18 Dis hingga 21 Dis itu, ia dapat dilaksana secara terus setelah saya membuat keputusan dalam komunikasi saya dengan ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri hampir setiap hari,ā katanya. – BERNAMA