HomeBeritaDBKL, TNB potong bekalan elektrik haram di Jalan TAR

DBKL, TNB potong bekalan elektrik haram di Jalan TAR

 

CYBERJAYA: Sembilan suis yang beroperasi secara haram dicabut dan kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik dikenakan dalam operasi Bersepadu Pedawaian Haram Elektrik di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), hari ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, operasi itu dijalankan menerusi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal.

Operasi tersebut turut membabitkan Jabatan Penguatkuasaan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan daripada mesyuarat diadakan pada 14 Disember lalu.

“Operasi ini dijalankan susulan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 14 Disember 2022 diantara DBKL, TNB dan Suruhanjaya Tenaga berkaitan Perundangan dan Pendawaian Elektrik Berbangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Hasil daripada operasi tersebut sebanyak sembilan suis haram telah dicabut dan kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik bagi suis-suis haram tersebut telah dijalankan oleh pihak TNB.

“Kesemua suis haram tersebut telah dihantar dan disimpan di Stor Sitaan, Jalan Lombong, Cheras,” maklum DBKL menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Author

Pilihan Editor