PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa jemaah menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji mereka sebanyak 20 peratus setiap bulan.
Perkara itu diumumkan Anwar dalam Sidang Media yang disiarkan secara langsung, selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra pada Isnin.
“Jemaah menteri bersetuju atas keprihatian kepada rakyat untuk memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus.
“Pemotongan ini sehingga ekonomi negara pulih, kalau tiga tahun, tiga tahunlah, itu contoh,” katanya.
Anwar juga mengesahkan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.
“Ada orang kata Anwar ambil gaji Perdana Menteri tetapi ambil gaji Menteri Kewangan, itu tidak benar, gaji dia satu sahaja,” katanya lagi.