LEGENDA bola sepak dunia, Pele dilaporkan meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas dimasukkan ke hospital sejak bulan lalu.
Punca kematian Pele disahkan akibat kegagalan beberapa organ selepas bertarung dengan kanser kolon. Sebelum ini, dia telah dipindahkan ke penjagaan paliatif awal bulan Disember selepas tubuhnya berhenti bertindak balas terhadap rawatan kanser.
Anak perempuannya Kely Nascimento mengesahkan kematiannya pada awal pagi tadi dengan catatan media sosial yang berkata: ‘Segala-galanya kami adalah terima kasih kepada anda. Kami menyayangi anda tanpa batas. Berehat dengan tenang.’
A inspiração e o amor marcaram a jornada de Rei Pelé, que faleceu no dia de hoje.
Amor, amor e amor, para sempre.
.
Inspiration and love marked the journey of King Pelé, who peacefully passed away today.Love, love and love, forever. pic.twitter.com/CP9syIdL3i
— Pelé (@Pele) December 29, 2022
Pele telah dianggap sebagai pemain bola sepak dalam sejarah yang pasti sukar untuk mana-mana pemain mengulanginya. Sepanjang kerjaya Pele sebagai pemain bola sepak, dia telah membantu pasukan Brazil memenangi tiga edisi Piala Dunia iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970.
Di peringkat kelab pula, Pele telah mewakili Santos dan dalam tempoh 18 tahun dia berjaya menjaringkan 643 gol dalam 659 perlawanan sebelum berhijrah ke kelab New York Cosmos antara 1975 dan 1977.
Pele juga telah mencatat sejarah apabila menjadi pemain paling muda pernah memenangi Piala Dunia ketika berumur 17 tahun 249 hari. Dia juga menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi pasukan Brazil sebanyak 77 gol walaupun jumlah itu berjaya kongsi dengan Neymar pada edisi Piala Dunia kali ini.