HomeBeritaMat Sabu lawat ladang ayam, telur, dengar keluhan pengusaha

Mat Sabu lawat ladang ayam, telur, dengar keluhan pengusaha

CYBERJAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu membuat tinjauan di ladang penternakan ayam dan pengeluaran telur, hari ini.

Menurutnya, lawatan itu dibuat bagi melihat dan mendengar sendiri permasalahan yang dialami para pengusaha ayam dan telur.

“Apa yang saya dengar tadi akan saya bincangkan lebih lanjut bersama pegawai di MAFS sebelum semua cadangan dari Kementerian dibawa ke pengetahuan Kabinet.

Terdahulu, media melaporkan Mohamad memaklumkan bahawa isu bekalan barangan keperluan khususnya telur dan ayam serta harga munasabah menjadi antara fokus kementerian.

Tambah Ahli Parlimen Kota Raja itu, isu bekalan makanan dengan harga yang munasabah memerlukan perhatian serius seiring dengan ramalan ekonomi dunia merosot tahun hadapan.

Beliau menegaskan, pihaknya akan mengenal pasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan telur ayam dalam negara dengan kadar segera.

Author

Pilihan Editor