HomeBeritaMP Mukah terlepas peluang undi Speaker Dewan Rakyat

MP Mukah terlepas peluang undi Speaker Dewan Rakyat

CYBERJAYA: Keputusan undian Ahli Parlimen dalam pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat didapati kurang satu undian.

Calon speaker iaitu Datuk Johari Abdul memperoleh 147 undi manakala Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad memperoleh 74 undi, dan jika dikira undian tersebut hanya berjumlah 221 undian kurang daripada jumlah keseluruhan Ahli Parlimen iaitu 222.

Ahli Parlimen yang tidak hadir semasa proses pengundian tersebut ialah Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib iaitu Ahli Parlimen Mukah.

Namun Hanifah dilihat berada di Parlimen sekitar jam 11.05 pagi semasa istiadat mengangkat sumpah Ahli Parlimen sedang berjalan dan beliau dilihat selesai menjalankan istiadat tersebut.

Beliau dipercayai tiba lewat di Parlimen sehingga menyebabkan terlepas peluang untuk mengambil bahagian dalam proses pengundian pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat, lapor Malaysiakini.

Author

Pilihan Editor