HomeBeritaPH serah memorandum kepada Agong, tuntut tubuh RCI siasat RM600 bilion

PH serah memorandum kepada Agong, tuntut tubuh RCI siasat RM600 bilion

KUALA LUMPUR: Satu serahan memorandum dilakukan pihak Pakatan Harapan (PH) kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi Pintu 3 Istana Negara pada Khamis.

Serahan memorandum tersebut bertujuan menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan segera bagi menyiasat penyelewangan dana RM600 bilion terkait dengan Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod, PH mendakwa berlakunya penyelewengan dana oleh PN berjumlah RM600 bilion sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Serahan memorandum yang dibuat sekitar jam 11.50 pagi itu diketuai Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, merangkap Pengarah Biro Mobilisasi Amanah dan AJK Biro Mobilisasi PH.

“Hari ini kita serahkan satu memorandum kepada Seri Paduka Baginda, kita memohon supaya disegerakan penubuhan RCI bagi menyiasat duit RM600 bilion ini.

“Kita nak tahu sebab ini duit rakyat, ini duit negara, kita nak tahu ke mana duit ini dibelanjakan, kita tak mahu fitnah, kita tak mahu tohmahan, kita tak mahu adu domba, kita mahu supaya kes ini disiasat segera,” katanya pada sidang media selepas penyerahan memorandum.

Serahan memorandum tersebut dilakukan oleh wakil PH iaitu Setiausaha Biro Mobilisasi Amanah, Mohamad Faridul Amini Suhaimi kepada wakil baginda iaitu Pegawai Pembangunan Istana Negara, Mohamad Husni Yusof.

Mohamad Faridul Amini Suhaimi menyerahkan memorandum PH kepada Mohamad Husni Yusof.
Halaman 1 memorandum tersebut.
Halaman 2 memorandum tersebut.
Halaman 3 memorandum tersebut.

Saya rasa Muhyiddin difitnah – Sany Hamzan [VIDEO]

Author

Pilihan Editor