HomeBeritaRespons 'kilat' Zahid isu banjir kilat di Felda Sg Kemahal curi tumpuan

Respons ‘kilat’ Zahid isu banjir kilat di Felda Sg Kemahal curi tumpuan

KUALA LUMPUR: Perkongsian Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman di Facebook miliknya berhubung isu banjir kilat di Felda Sg Kemahal pagi tadi mendapat respons ‘kilat’ dari Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi mencuri tumpuan netizen.

Komen Ahmad Zahid di muka buku Young Syefura mendapat 660 kesukaan dalam tempoh dua jam yang ditularkan netizen.

Timbalan Perdana Menteri itu menulis, “Saya sudah menerima info berkenaan situasi ini dan akan mengambil tindakan segera untuk membantu mangsa banjir dan membaiki kerosakan akibat bencana ini. ”

Young Syefura kemudian membalas,” Zahid Hamidi Terima kasih DS! Kami menunggu bantuan dan kehadiran DS!.

Terdahulu, pemimpin dari Pakatan Harapan yang dikenali sebagai Rara itu menulis sebanyak 90 lebih buah rumah dilaporkan buat masa kini yang menjadi mangsa banjir.

“Pengurus Felda Sg Kemahal, Encik Fazeli memaklumkan kepada saya jumlah rumah dan mangsa mungkin akan meningkat kerana bancian masih lagi dijalankan oleh pihak Felda.

“Kebanyakan mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka.

“Kepada NGO atau sukarelawan yang ingin membantu mangsa-mangsa banjir di Felda Sg Kemahal boleh menghubungi Pengurus Felda Sg Kemahal, Encik Fazeli di talian 019- 6739881.

“Turut bersama saya tadi adalah ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun, Penghulu Pelangai, Encik Syaharul Alimi dan pegawai-pegawai agensi yang lain.

“Saya kini dalam perjalanan untuk meninjau kawasan-kawasan banjir yang lain di dalam DUN Pelangai,” tulisnya.

Dalam pada itu, orang ramai memberi maklum balas yang positif terhadap respons Zahid dan Rara.

Ada yang memberi cadangan tambah baik, “Yb wujubkan sukarelawan banjir di kaw, apabila kecemasan ..seperti banjir..terus kita menghantar bantuan tak kira masa. Semoga dipermudahkan urusan yb dan rakyat semuanya dlm keadaan selamat..amin amin💪💪😘,” komen netizen.

 

Author

Pilihan Editor