KELAB Arab Saudi, Al Nassr mengumumkan Cristiano Ronaldo sebagai pemain baharu mereka setelah pemain itu menandatangani kontrak bersama mereka.
History in the making. This is a signing that will not only inspire our club to achieve even greater success but inspire our league, our nation and future generations, boys and girls to be the best version of themselves. Welcome @Cristiano to your new home @AlNassrFC pic.twitter.com/oan7nu8NWC
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) December 30, 2022
Pengumuman ini telah dibuat melalui laman Twitter rasmi pasukan Al Nassr dengan menyatakan “Sejarah dalam pembikinan. Ini bukan sahaja akan memberi inspirasi kepada kelab kami untuk mencapai kejayaan yang lebih besar tetapi memberi inspirasi kepada liga kami, negara dan generasi akan datang, lelaki dan perempuan untuk menjadi versi terbaik diri mereka. Selamat datang @Cristiano ke rumah baharu anda @AlNassrFC”
Sebelum ini, khabar angin tentang perpindahan bintang Portugal itu ke Al Nassr bertiup kencang selepas dia ditamatkan kontrak oleh Manchester United.
Kontrak Ronaldo akan berlangsung selama dua setengah tahun sehingga Jun 2025, dengan jumlah gaji sebanyak €200 juta (£177 juta) setahun setelah perjanjian komersial disertakan.
Ia dianggap sebagai gaji tertinggi yang pernah dibayar kepada pemain bola sepak profesional.
Al Nassr, yang kini berada di tempat kedua dalam liga Arab Saudi, akan menjadi kelab kelima dalam karier Ronaldo selepas tempoh sebelumnya di Sporting, Real Madrid dan Juventus selain dua khidmat berasingan di Manchester United.