HomeSukanRonaldo nafi pindah ke kelab Al Nassr

Ronaldo nafi pindah ke kelab Al Nassr

BINTANG bola sepak, Cristiano Ronaldo menegaskan bahawa laporan yang mengaitkan perpindahannya ke kelab Arab Saudi, Al Nassr adalah tidak benar.

Bekas pemain Manchester United itu akhirnya bersuara selepas spekulasi berhubung khabar angin berkenaan tersebar setelah dia meninggalkan The Old Trafford bulan lalu.

Media sebelum ini melaporkan bahawa pemain berusia 37 tahun itu berada di ambang mengikat kontrak dua setengah tahun dengan Al Nassr yang akan menyaksikan pemenang lima kali Ballon d’Or itu bakal menerima 173 juta pound (RM925 juta) semusim.

“Tidak, itu tidak benar – tidak benar,” kata Ronaldo kepada pemberita selepas perlawanan tersebut, lapor DailyMail.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan Ronaldo memberitahu media bahawa ‘perjanjian yang didakwa’ selesai tersebut merupakan perkara karut.

Penyerang Portugal itu sebelum ini tidak membuat sebarang komen mengenai masa depannya semasa kempen Piala Dunia, namun kini dia mengesahkan tidak akan berpindah ke Arab Saudi.

Al-Nassr merupakan antara kelab paling berjaya di Arab Saudi, setelah dinobatkan sebagai pemenang liga utama negara itu sembilan kali, dengan kemenangan terbaru pada 2019.

Author

Pilihan Editor