HomeGaya HidupSantai di Kedai Kopi Kampung sambil nikmati suasana luar di Gombak

Santai di Kedai Kopi Kampung sambil nikmati suasana luar di Gombak

CYBERJAYA: Apabila cuti hujung minggu tiba, pastinya ramai tercari-cari tempat yang sesuai untuk bersantai meluangkan masa bersama yang tersayang dan menenangkan diri sendiri.

Kali ini anda mungkin boleh mencuba merasai pengalaman bersantai di Kedai Kopi Kampung dengan suasana ‘outdoor’ dan menu hidangan sedap dengan harga yang berpatutan.

Menu istimewa kafe yang terletak di Kampung Sungai Mulia, Gombak ini ialah pelbagai jenis kopi, brownies, nasi lemak dan sup kambing.

Kafe ini menyediakan brownies daripada Triplets Cakery dengan pelbagai jenis seperti Matcha, Red Velvet, Nuttela, Lotus Biscoff, Marshmallow, Indulgence Cheese dan sebagainya.

Nasi lemaknya pula adalah nasi daripada beras basmathi disertakan dengan dengan lauk ayam berempah dan paru.

Kafe ini dibuka setiap Rabu hingga Ahad dari jam 5 petang hingga jam 12 tengah malam.

Kafe ini menghidangkan kopi, brownies dan sup kambing. (Kredit foto Twitter @Kiselwitxh_)
Pelbagai jenis brownies daripada Triplets Cakery. (Kredit foto Twitter @Kiselwitxh_)
Nasi lemak paru dan ayam berempah yang dihidangkan kafe ini. (Kredit foto Twitter @Kiselwitxh_)

Author

Pilihan Editor