HomeSukanTMJ nekad 'bunuh' bola sepak Malaysia

TMJ nekad ‘bunuh’ bola sepak Malaysia

PEMILIK kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tampil memberi pandangan berhubung arena bola sepak Malaysia.

Baginda menerusi satu kenyataan melalui Instagram Storynya memaklumkan bahawa, masih ada sesetengah pihak yang tidak boleh menerima kenyataan khususnya terhadap pasukannya yang melakar pelbagai kejayaan.

“Well done boys. Ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak terima kejayaan kami.”

“Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun Allah kurniakan kejayaan,” tulis baginda.

Pada masa sama, TMJ turut memaklumkan bahawa kejayaan Malaysia untuk mara ke pentas Piala Asia sebelum ini nyata melibatkan kudrat para pemain JDT yang mewakili Harimau Malaya.

“Piala AFF ada yang tak berakal bising, agaknya dia lupa Malaysia layak Piala Asia pemain JDT yang berhempas pulas.”

“Oleh yang demikian, sama macam kenyataan saya sebelum ini, saya akan terus membunuh bola sepak Malaysia.”

“Saya berjanji akan terus membeli pemain hebat dalam negara dan lepaskan mereka untuk sertai pasukan kebangsaan dalam kalendar FIFA sahaja,” ujar baginda.

Untuk rekod, Piala AFF kali ini menyaksikan senarai pemain terdiri daripada muka-muka baharu dan tidak ada seorang pun pemain JDT yang membarisi pasukan kendalian Kim Pan Gon itu.

 

Author

Pilihan Editor