PUTRAJAYA: Kebakaran yang berlaku di salah sebuah bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya pada petang Selasa berjaya dipadamkan.
Sumber daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya berkata, kebakaran tersebut berlaku pada jam 2.30 petang.
“Kebakaran berpunca daripada sisa pepejal di tapak pelupusan. Ia dikawal dan tiada kemalangan jiwa,” katanya, lapor FMT.
Sementara itu, Jurucakap Kementerian Kewangan mengesahkan berlakunya kebakaran itu dan berkata satu kenyataan berkenaan kejadian akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Pada masa sama, beberapa rakaman mengenai kebakaran tersebut juga telah tular di media sosial dan dapat dilihat menerusi video berdurasi 48 saat itu, kelihatan jentera bomba memasuki ruangan parkir di bangunan kejadian.