HomeBeritaTun M mudah lupa, dia buat boleh orang lain buat salah pula

Tun M mudah lupa, dia buat boleh orang lain buat salah pula

KUALA LUMPUR: Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Agak menghairankan bagi netizen apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), dalam Kerajaan Perpaduan.

Tun Mahathir dalam hantaran dimuat naik di Facebooknya, hari ini menulis, membangkitkan isu pelantikan Presiden UMNO berkenaan terlibat dengan pertuduhan 47 pertuduhan dana Yayasan Akalbudi di mahkamah namun dilantik sebagai TPM.

Dalam hantaran yang sama, Tun Mahathir turut menyentuh tentang Perkara 33A Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa ‘jika Yang di-Pertuan Agong dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV dia hendaklah terhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong’.

Bagaimanapun, pelbagai persoalan ditimbulkan netizen antaranya, pelantikan mantan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dilantik sebagai Menteri Kewangan ketika era pentadbirannya sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Ia berikutan, Tun Mahathir pernah melaksanakan perkara sama dengan melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan sedangkan Pengerusi DAP itu masih berdepan pendakwaan kes mahkamah.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan ketika itu didakwa membabitkan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Pada 3 September 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.

Ada yang bersetuju situasi yang berlaku ketika ini adalah sama semasa pentadbiran Tun Mahathir selama 22 bulan dahulu selain berpendapat kemungkinan wujud kelemahan dalam sistem perundangan dan pentadbiran negara yang memerlukan penambahbaikan.

Ada juga berpendapat, Tun Mahathir sengaja membiarkan situasi itu berlaku kerana dianggap ‘mileage’ baginya.

“Tun dulu lantik LGE (Guan Eng) yang ada kes mahkamah juga. Kemudian Tun lantik (bekas Peguam Negara, Tan Sri) Tommy Thomas dan Tommy gugurkan pertuduhan ke atas LGE”

“Mengapa anda tidak memulakan perubahan itu ketika berkuasa dahulu? Bukankah itu masa yang sempurna untuk melakukannya?”

“Berikan masa lima tahun untuk membuktikannya… kemudian rakyat akan membuat keputusan”

Author

Pilihan Editor