HomeBeritaUgut sebar gambar lucah bekas kekasih, ikon permotoran ditahan polis

Ugut sebar gambar lucah bekas kekasih, ikon permotoran ditahan polis

GOMBAK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penahanan seorang lelaki dipercayai ‘ikon permotoran’ selepas disyaki mengugut gambar lucah bekas kekasihnya, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, polis menahan suspek selepas menerima laporan yang dibuat oleh mangsa.

Susulan itu, suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 13 Disember 2022  bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” maklumnya seperti dilapor Berita Harian hari ini.

Author

Pilihan Editor