SAYUR merupakan sejenis makanan paling berkhasiat untuk tubuh badan manusia kerana mempunyai kandungan serat yang sihat.
Salah satu sayur yang seringkali menjadi kegemaran ramai adalah sayur brokoli yang juga menjadi pilihan si ibu dalam mengajar anak kecil untuk makan sayur.
Namun, adakah anda yakin bahawa sayur yang dipilih anda untuk dijadikan sajian kepada keluarga itu benar-benar bersih daripada ‘serangan ulat’?
Perlu diketahui di sebalik rumpun hijau brokoli itu terkandungnya bermacam ulat halus yang tidak dapat dilihat dengan jelas.
Malahan, kalau dibilas ‘sekali jalan’ juga belum tentu mati segala ulat-ulat berkenaan.
Justeru, ikuti kisah perkongsian seorang pengguna Facebook, Fieza Nelson mengenai cara terbaik untuk membasmi ulat yang ada pada brokoli.
- Rendam dalam air campuran
Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah memotong brokoli tersebut. Kemudian, campurkan air dengan cuka. Rendam brokoli ke dalam air campuran itu selama 15 minit. Selepas itu, anda akan melihat ulat-ulat halus akan terapung di permukaan air. Bilas dan barulah dimasak.
- Rendam dalam air garam
Satu lagi cara anda boleh cuba adalah dengan merendam brokoli dengan air garam. Tapi cara ini makan sedikit masa lebih kurang 30 minit ke satu jam. Selepas membersihkan brokoli dengan cara ini barulah sayur boleh dimasak.