HomeMV+PendapatBawa masuk kepakaran asing, 'bunuh' kepakaran tempatan

Bawa masuk kepakaran asing, ‘bunuh’ kepakaran tempatan

SATU demi satu kepakaran luar dibawa masuk ke Malaysia demi agenda ekonomi hingga tanpa sedar menyinggung perasaan dan hati sebilangan rakyat Malaysia.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dijangka membawa masuk 500,000 pekerja asing ke negara ini secara berperingkat menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja asing.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula akan membawa masuk pakar Housing Development Board (HDB) dari Singapura dalam pembangunan perumahan.

Apakah anak jati Malaysia sudah tidak dinilai dan dihargai lagi dari sudut kemahiran dan kepakaran?

Adakah negara benar-benar telah ketandusan pakar?

Mengapa negara masih membuka pintu untuk mengambil pakar negara luar, dan menidak serta berat sebelah dalam urusan kepakaran terutama perumahan.

Atau negara masih memandang rendah kepakaran tempatan yang secara jelas ada yang menempa nama di luar negara, tidak di tempat sendiri.

Persoalan lanjut, mengapa kerajaan Malaysia memilih HDB, yang didakwa menggunakan alternatif ini untuk memecahkan dominasi kaum dalam sistem perumahan di Singapura.

HDB telah lama menjadi penasihat pembangunan di Batu Kawan SPS.

Ada yang mendakwa, DAP akan menghadap PAP Kerajaan Singapura untuk dapat nasihat membawa perancangan Devide & Rule, dan selepas PRU13 habis semua Kampung Melayu di Pulau Pinang ranap dan dibina kondominium.

Kini Menteri secara terang dan terancang menjemput HDB SG masuk. Apa akan jadi dengan tanah rizab Melayu di Tanah Melayu?

Benarkah menurut petikan dari buku Pembandaran Kolonial dan Penghapusan Bangsa Melayu di Malaysia, sistem kuota perumahan telah diperkenalkan dan kampung-kampung Melayu dihapuskan atas nama pembangunan?

Di mana ada kampung Melayu di situlah pemaju masuk.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) pula didakwa seperti ‘kambing hitam’, digunakan sebagai gerakan menghapuskan kawasan penduduk golongan B40, demi pembangunan yang gah.

Berita dipinjamkan pakar dari negara luar mungkin baik untuk ekonomi negara, tetapi mungkin tidak bagus dalam aspek kemahiran jangka panjang rakyat tempatan di tanah air sendiri.

Jangan sampai ayat “mereka dah lama rancang kita je yang lalai” memakan diri kita satu hari nanti.

*Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian MEDIA VARIASI

Author

Pilihan Editor