HomeBeritaDBKL bengang kontraktor turap jalan tak kena masa

DBKL bengang kontraktor turap jalan tak kena masa

CYBERJAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi ini menzahirkan ketidakpuasan hati dengan sikap sebilangan kontraktor yang melaksanakan kerja turapan jalan pada waktu puncak.

Perkara itu berikutan DBKL menerima laporan daripada orang awam yang terlihat beberapa kontraktor di bawah lantikan DBKL melakukankan kerja turapan berdekatan Jalan Travers, Bangsar, pagi tadi.

“Tau la nak cepat, tapi itulah timing buat kerja langsung tak fikir orang lain padahal dah dimaklumkan waktu kerja yang sepatutnya.

So, jangan ingat anda je marah, orang DBKL pun marah juga. Confirm jap lagi kontraktor yang terlibat kena panggil dengan pegawai DBKL yang berkenaan, kena sekolahkan sikit,” tulis DBKL sambil memuat naik video kerja turapan itu dibuat.

Dalam video tersebut, kelihatan pemandu yang memandu kereta di lorong kanan perlu memperlahankan kereta mereka secara tiba-tiba kerana didapati kerja turapan jalan sedang dilaksanakan di lorong berkenaan.

Susulan kejadian, DBKL turut memohon maaf atas tindakan kontraktor yang menjalankan tugas pada waktu puncak sehingga mengakibatkan sebilangan orang  awam perlu berdepan kesulitan di jalan raya hari ini.

Author

Pilihan Editor