HomeBeritaDua beradik rentung dalam kebakaran

Dua beradik rentung dalam kebakaran

GOMBAK: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menemui dua orang mayat yang rentung dalam kebakaran sebuah rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanggut, awal pagi tadi.

Kedua mangsa yang merupakan adik-beradik itu adalah Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adik lelakinya berusia 6 tahun, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan.

Pengarah (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, ketika kejadian pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci dengan ibu bapa mangsa keluar rumah.

Menurut Norazam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.54 pagi tadi.

Katanya, seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak diarahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat sebuah rumah teres terbakar 70 peratus dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, dua beradik itu ditemukan rentung dalam kejadian berkenaan.

Author

Pilihan Editor