HomeSukanDua perkara ini bukti minda penyokong Malaysia berada di kelas ketiga

Dua perkara ini bukti minda penyokong Malaysia berada di kelas ketiga

BARU-BARU ini Harimau Malaya berjaya menewaskan skuad Gajah Perang di Stadium Bukit Jalil hasil jaringan tunggal Faisal Halim dalam aksi separuh akhir pertama AFF Mitsubishi Electric Cup 2022.

Namun, segelintir penyokong Harimau Malaya masih tewas dengan pemikiran minda di kelas ketiga. Bukti ini dapat dilihat apabila mereka sesuka hati membuang sampah merata-rata di sekitar dan tempat duduk stadium. Setiap kali habis perlawanan, segelintir mereka akan membiarkan sampah di tempat duduk mereka seolah-olah tidak mengakui sampah itu milik mereka sendiri. Seharusnya mereka perlu bersama-sama menjaga kebersihan stadium untuk keselesaan yang akan datang. 

Selain itu, ada juga penyokong Harimau Malaya ini yang sengaja ‘merampas’ tempat duduk orang lain. Perkara ini terjadi apabila pemegang tiket tidak duduk di tempat duduk yang diberikan pada tiket mereka. Sistem tempat bernombor ini telah bermula sejak perlawanan kelayakan Piala Asia pada tahun lalu. Namun masih ada segelintir penyokong tidak mahu mengikut sistem ini.

https://twitter.com/FAM_Malaysia/status/1196404466183860225?s=20&t=IR2P3SBZjSkoQOrzKtoKzw

Isu tentang tempat duduk bernombor ini bangkit apabila ada penyokong yang datang lewat ke stadium terpaksa duduk di tangga kerana tempat duduk mereka telah ‘dicuri’ tanpa rasa bersalah. Mereka ada juga cuba untuk menegur para pencuri tempat duduk ini, malah ditempelek semula dengan kata-kata seperti “ini bukan wayang nak ikut nombor” dan “siapa cepat dia dapat”. 

https://twitter.com/twt_bukitjalil/status/1170879572016975872?s=20&t=sg2Hyzjd2NDovqH2IQrQhw

Mereka yang kehilangan tempat duduk ini meluahkan rasa kecewa apabila mereka telah menghabiskan masa beratur membeli tiket untuk ‘view’ yang cantik di stadium. Tapi ‘dicuri’ oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh, sistem pembelian tiket oleh pasukan Inter Milan ini sangat efisien kerana membolehkan penonton untuk memilih sendiri tempat duduk mereka.

Para penyokong bola sepak di negara ini berharap sistem pembelian tiket bernombor ini perlu ditambah baik supaya perkara ini tidak terjadi pada perlawanan yang akan datang.

Author

Pilihan Editor