HomeSukan'Duo' Brazil taruhan JDT musim 2023

‘Duo’ Brazil taruhan JDT musim 2023

BEKAS penyerang BG Pathum, Diogo Luis Santo kembali semula ke Liga Malaysia bersama pasukan lamanya, Johor Darul Ta’zim FC (JDT).

Pengumuman Diogo sebagai pemain terbaru yang ditandatangani JDT dibuat menerusi laman Facebook rasmi pasukan.

Penyerang sensasi berusia 35 tahun dari Brazil itu pernah beraksi bersama JDT pada musim 2019 dengan meledak 12 gol dalam 22 perlawanan sebelum berhijrah ke Thailand bersama pasukan BG Pathum selama dua musim setengah.

Sepanjang beraksi bersama BG Pathum, Dioga telah menyumbang 22 gol dan lima bantuan gol dalam semua kejohanan termasuk di Liga Perdana Thai dan Liga Juara-juara Asia. 

 

Dengan pengumuman ini, terjawablah teka-teki peminat JDT siapakah yang akan bergandingan bersama penyerang sensasi mereka, Bergson da Silva pada musim 2023.

Author

Pilihan Editor