KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menjelaskan salah faham masyarakat mengenai poligami yang menganggap ia adalah sunnah.
Poligami dalam makna kata sebenar adalah dibenarkan dengan syarat tidak berlakunya sebarang penganiayaan kepada pihak terlibat.
Ceritanya lagi, poligami itu sudah lama diperkenalkan kepada masyarakat sebelum datangnya Islam dengan memperkenalkan undang-undang bagi mengawal penganiayaan yang berlaku dalam komuniti.
“Islam tak pernah memperkenalkan poligami dan Islam tak suruh pun poligami. Sewaktu Islam datang, poligami itu sudah pun menjadi budaya kepada masyarakat ketika itu.
“Jadi, bila Islam datang, apa yang Islam buat? Islam mengawal poligami ini melalui undang-undang dan membetulkan poligami ini serta membataskan.
“Jangan kita sebut kata, asalkan Islam saja, orang fikir sunnahnya adalah poligami. Tak! Masa Islam datang, poligami dah pun ada. Islam datang dah betulkan. Bagaimana? Kalau nak kahwin, jangan ada penganiayaan,” katanya dalam satu video yang tular.
Tambah Dr Mashitah beri pandangan isu poligami, “Kalau nak kahwin, jangan ada penganiayaan.”
Video penjelasan Dr Mashitah berkenaan dikongsi oleh Puteri Sarah Liyana, isteri Syamsul Yusof yang mengaku sudah berkahwin seorang lagi dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.