HomeBeritaIsteri pertama jurulatih terkenal bola sepak bergaduh dengan madu

Isteri pertama jurulatih terkenal bola sepak bergaduh dengan madu

SHAH ALAM: Isu poligami masih lagi hangat diperkatakan netizen dalam tempoh sebulan ini.

Belum selesai krisis rumah tangga pengarah kontroversi dan isteri yang juga pelakon memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah baru-baru ini, timbul pula pergaduhan antara madu dan isteri pertama jurulatih bola sepak negara hari ini.

Jurulatih yang juga mantan pemain bola sepak terkenal negara era 80-an itu sebelum ini menjadi tumpuan selepas berkahwin kali kedua.

Bagaimana sekali lagi terpalit dalam kontroversi kerana pergaduhan didakwa membabitkan dua isterinya, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan lokasi pergaduhan berkenaan di sebuah restoran di sini.

Difahamkan, isteri pertama dan madunya itu didakwa bergaduh di sebuah restoran di sini, dipercayai berpunca perselisihan faham.

Katanya, kejadian berlaku pada awal pagi dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Media sebelum ini melaporkan seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an, berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun.

Author

Pilihan Editor