HomeBeritaIsteri Tun Daim meninggal dunia

Isteri Tun Daim meninggal dunia

CYBERJAYA: Isteri kepada bekas menteri kewangan dan tokoh korporat negara, Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Mahani Idris dilaporkan meninggal dunia pada Ahad malam.

Sumber rapat dengan keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan telah memaklumkan dan mengesahkan mengenai pemergian beliau itu.

“Dengan berat hati ingin memaklumkan kepada semua bahawa Mami (Toh Puan Mahani Idris) telah kembali dengan aman kepada Yang Maha Esa,” katanya lapor AWANI pada Isnin.

Punca Allahyarham meninggal dunia tidak dapat dikenal pasti dan difahamkan beliau pernah menghidap penyakit Alzheimer.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Kampung Baru, di sini pada pagi ini sebelum disembahyangkan di Surau Hidayat, Seri Kembangan di ibu negara selepas solat Zohor dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pukul 2 petang ini.

Pemergian Allahyarham telah meninggalkan lima orang anak.

Author

Pilihan Editor