HomeBeritaJam G-SHOCK x FAM Edisi Terhad laku keras bila PM pakai dalam...

Jam G-SHOCK x FAM Edisi Terhad laku keras bila PM pakai dalam program RTM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mencuri perhatian netizen apabila memakai jam tangan edisi terhad Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jenama Casio G-SHOCK dipercayai berharga RM699.

Beliau menggayakannya ketika muncul pada program ‘Naratif Khas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim’ di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Jumaat.

Jam itu adalah produk edisi terhad kedua kerjasama di antara G-SHOCK dan FAM iaitu jam tangan G-SHOCK x FAM (GA-900FAM-1A9) yang dilancarkan pada 10 November 2021.

Jam tersebut dihadiahkan oleh FAM ketika kunjungan hormat Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin ke atas Perdana Menteri pada Jumaat pagi.

Setelah jam G-SHOCK x FAM dipakai oleh PM, netizen terus mencari-cari model jam tersebut dan ramai yang mengatakan harganya sudah melambung tinggi, malah ada yang mengatakan stoknya sudah habis.

Edisi pertama jam edisi terhad tersebut, model GA-2000FAM-1A9 dilancarkan pada 31 Mac 2021.

Rata-rata netizen memuji strategi pemasaran G-Shock dan FAM dalam mempromosikan produk mereka.

 

Author

Pilihan Editor