HomeBeritaViralKanak-kanak pesan McD RM17,000 guna servis layan diri

Kanak-kanak pesan McD RM17,000 guna servis layan diri

CYBERJAYA: Kiosk servis layan diri yang disediakan restoran makanan segera McDonald’s kini menjadi tempat mainan kanak-kanak.

Menerusi video TikTok oleh @rmdhn_ yang tular, dua kanak-kanak telah memesan makanan dan ia berjumlah lebih RM17,000.

Video itu mendapat 5.4 juta kesukaan dan lebih 300,000 tanda kesukaan.

Kanak-kanak lelaki dan perempuan kemungkinan sekolah rendah itu merakam skrin pesanan masing-masing untuk melihat siapa paling mahal pesanan.

Kanak-kanak perempuan berkenaan dengan agresif menekan tanda + beberapa kali dan memesan jagung bernilai RM188.

Akhirnya, kanak-kanak itu menang ‘pertandingan’ berkenaan dan melakukan tarian kegembiraan apabila semua pesanan bernilai RM17,152.

 

Author

Pilihan Editor