HomeBeritaKemunculan tiga burung kenyalang di bangunan SUPP bawa ‘petanda’ buat GPS?

Kemunculan tiga burung kenyalang di bangunan SUPP bawa ‘petanda’ buat GPS?

MIRI: Kemunculan tiga ekor burung kenyalang yang hinggap di bangunan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Senandin Miri baru-baru ini menarik perhatian warga maya khususnya buat masyarakat di negeri berkenaan.

Perkara itu juga mencuri tumpuan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin yang pada ketika itu turut berada di lokasi kejadian kira-kira sekitar jam 2 petang Rabu.

Menurut Lee, tiga ekor burung kenyalang itu dilihat bukan hanya terbang berlegar-legar di atas bangunan SUPP cawangan Senadin itu yang dicat dengan warna kuning terang, malah, hingap dan bersantai selama 30 minit sebelum beredar.

“Kalau menurut kepercayaan masyarakat setempat, kehadiran burung kenyalang ke rumah, premis atau rumah panjang akan membawa keberuntungan,” jelasnya seperti dilapor Borneo Network.

Kepercayaan itu dilihat selari dengan kepercayaan masyarakat etnik Dayak di Sarawak dimana etnik berkenaan percaya bahawa burung kenyalang atau nama saintifiknya ‘Buceros Rhinoceros’, dianggap burung suci dan boleh membawa tuah.

Author

Pilihan Editor