HomeBeritaKeselamatan rakyat bergantung kepada keputusan PM esok

Keselamatan rakyat bergantung kepada keputusan PM esok

SEPANG: Situasi keselamatan rakyat susulan status kemasukan pelancong dari China pada 8 Januari ini akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa keputusan itu akan diketahui selepas mesyuarat Kabinet dan pembentangan data oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ini bukan keputusan KKM, tetapi ia keputusan bersama dengan kementerian lain yang terlibat.

“Keputusan mungkin berubah hasil daripada mesyuarat itu nanti. Apa pun, ia adalah keputusan bersama dan kita harapkan yang terbaik.

“Perkara ini perlu dilihat dari semua sudut termasuk keselamatan dalam negara, ekonomi, pelancong,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, di sini.

Ahli Parlimen Sekijang itu berkata, pandangan rakan Kabinet dari kementerian lain juga akan diambil kira dalam mesyuarat berkenaan.

Terdahulu, beliau turut melakukan tinjauan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Putrajaya.

Beliau turut memaklumkan bahawa KKM mengambil serius tentang isu kesihatan dan keselamatan rakyat dengan mengadakan langkah rapi di CPRC yang beroperasi 24 jam.

Author

Pilihan Editor