HomeBeritaViralNetizen geli pekerja 7-Eleven cuci 'microwave' guna mop lantai

Netizen geli pekerja 7-Eleven cuci ‘microwave’ guna mop lantai

CYBERJAYA: Tular beberapa gambar menunjukkan seorang pekerja 7-Eleven mencuci ketuhar gelombang mikro (microwave oven) menggunakan mop lantai yang meraih perhatian ramai warga maya.

Beberapa gambar tersebut menunjukkan pekerja itu menggunakan mop untuk mengelap lantai digunakan mencuci ‘microwave oven’ yang digunakan untuk memanaskan makanan yang dijual kedai itu.

Seorang warga maya yang jelik dengan tindakan itu meluahkan kekesalannya di media sosial di samping menggesa 7-Eleven Malaysia mengambil tindakan ke atas perkara itu.

“Hello 7-Eleven Malaysia, tolong la ‘brief’ ‘staff’ korang untuk buat pembersihan dengan cara yang betul. Mop lantai pun masuk dalam ‘microwave’. Pengotor oi!” gesa pengguna Twitter, @AshrafChak dalam satu hantaran pada Ahad berserta gambar tersebut.

Ramai warga maya mengambil kesempatan memberi pandangan mereka terhadap hantaran itu, ada yang menyatakan rasa geli mereka dengan tindakan itu, ada juga yang berkongsi pengalaman pernah menjadi pekerja di kedai tersebut.

“Selama aku kerja 7-Eleven waktu habis SPM, tak pernah lagi bersihkan ‘microwave’ pakai mop. Otak mana la letak oii. Belajar la ‘basic’ pembersihan, mop tu guna untuk bersihkan apa? Kain lap guna untuk bersihkan apa? Dah 2023 masih lagi ada orang tak guna akal fikiran,” komen pengguna Twitter, @zakwanzakii.

https://twitter.com/zakwanzakii/status/1617227951296380928?s=20&t=PsBJYJMTh4kAMEZAsleGbw

“Mak oiii aku kerja 7-Eleven dulu tak pernah pulak mop dalam ‘microwave’. Bapak jijik,” komen pengguna Twitter, @_fhz27.

“Sebagai bekas pekerja 7-Eleven. Untuk lap ‘microwave’ ada kain lain yang disediakan tahu. Kau dah kenapa nak mudah kerja kau bantai semua kau mop ek. Aduh la geram aku tengok,” komen pengguna Twitter, @mae_roar.

“Sebagai bekas pekerja 7-Eleven, kami tak diajar untuk melakukan perbuatan ini. Ini semuanya adalah ‘common sense’. Boleh buat aduan email kepada 7-Eleven untuk tindakan selanjutnya. HQ akan periksa CCTV,” cadang pengguna Twitter, @NizamuddinNasir pula.

Setakat ini, masih tidak dipastikan lagi kedai 7-Eleven tersebut adalah dari cawangan Malaysia yang mana dan pihak 7-Eleven juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Author

Pilihan Editor