HomeBeritaNikah tanpa pengetahuan isteri berdosa - Ustazah Asma

Nikah tanpa pengetahuan isteri berdosa – Ustazah Asma

KUALA LUMPUR: “Suami bernikah secara senyap tanpa kebenaran, pengetahuan isteri adalah berdosa,” kata pendakwah, Ustazah Asma Harun.

Ini kerana katanya, perbuatan itu menjadi kesilapan yang mendatangkan dosa.

“Menyakiti manusia lain berdosa, menyakiti binatang berdosa, menyakiti kawan, suami, anak berdosa di situ ada kesilapan ada dosa.

“Boleh rujuk laman web Mufti Wilayah Persekutuan, isteri boleh larang suami bernikah lain jika perkahwinan datangkan mudarat, tak adil, beri tekanan jiwa mental kepada isteri dan anak.

“Ada wanita boleh terima suaminya kahwin dua tiga empat, tetapi ada wanita tidak boleh terima jadi tekanan trauma dan sebagainya.

“Namun bagi suami yang mampu dan isteri boleh terima tiada tekanan baginya, maka di sini isteri perlu tolak ansur jika suami benar-benar perlukan, pertimbangan syarak mungkin dari sudut kekurangn isteri apabila menyedari keinginan suaminya yang lebih,” katanya kepada media.

Asma mendedahkan pelakon Puteri Sarah Liyana pernah menghubunginya bagi mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung isu rumah tangga.

Katanya, Puteri Sarah ketika itu meminta pandangannya kerana mahu mempertahankan ikatan perkahwinan dan mengakui masih menyayangi suami iaitu pengarah, Syamsul Yusof.

“Dia sudah berusaha di peringkat awal untuk menyelamatkan rumah tangganya.

“Sebenarnya dah lama Puteri Sarah hubungi saya, tapi saya tak cerita… dia hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat.

“Dia tanya apa yang dia boleh buat… saya ada kongsikan doa serta zikir.

“Saya berkongsi doa dan zikir untuk Puteri Sarah,” katanya.

Ketika menjawab soalan tindakan Syamsul yang menyekat talian telefon Puteri Sarah selama setahun, katanya komunikasi adalah asas rumah tangga.

“Memang tidak wajar isteri atau suami menyekat nombor telefon pasangan.

“Komunikasi adalah asas rumah tangga.

“Walau tiga patah perkataan, boleh mengubah keadaan. I love you, I miss you, I need you, I ceraikan you, I bosan dengan you. Kata-kata seperti ini boleh mengubah kehidupan dan perhubungan.

“Jika diputuskan komunikasi, di mana ruang perbincangan?” ujarnya.

Author

Pilihan Editor