HomeBeritaPolitikNotis bantahan keputusan PAU 2022 tepat dan berani - KJ

Notis bantahan keputusan PAU 2022 tepat dan berani – KJ

CYBERJAYA: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan tindakan dua ahli UMNO menghantar notis bantahan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) susulan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya sebagai tepat dan berani.

Katanya, tindakan ahli UMNO dari Kuala Terengganu dan Seremban itu jelas membuktikan bahawa masih wujud individu yang berani dan waras dalam UMNO.

“Syabas semua, saya yakin dengan kredibiliti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk membuat semakan terhadap usul Rembau di PAU,” katanya seperti dilapor Sinar Harian pada Jumaat.

Laporan sama turut menyatakan bahawa UMNO didakwa melanggar Perlembagaan parti pada Perhimpunan Agung (PAU) yang lalu.

Perihal berkenaan susulan Muhammad Aizat Fikri memberitahu, perkara itu berlaku apabila usul tambahan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan diperkenalkan semasa ucapan pencadang usul Ucapan Dasar Presiden pada persidangan tersebut.

Menurutnya, tindakan tersebut telah melanggar Peraturan 10 yang mana menyatakan sebarang usul perlulah disampaikan dalam tempoh 14 hari, namun tiada notis yang dihantar kepada perwakilan dalam tempoh tersebut.

Author

Pilihan Editor