HomeBeritaPolitikPAS sedia disiasat, dakwaan beri wang kepada pengundi PRU15

PAS sedia disiasat, dakwaan beri wang kepada pengundi PRU15

CYBERJAYA: PAS sedia memberi kerjasama terhadap pihak berkuasa berhubung siasatan dakwaan parti itu memberi wang kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pimpinan politik yang mendakwa PAS memberi wang kepada pengundi disaran membuat laporan bagi memudahkan pihak berkuasa melakukan siasatan.

“Pandangan saya mengenai pelbagai isu berkaitan dengan dakwaan PAS memberi wang kepada pengundi sama dengan kenyataan beberapa pemimpin termasuk Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Kita serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan berkenaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Apreasasi Penerima Biasiswa YT–TI Young Talent Scholarship, di Terengganu pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilaporkan mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika kempen PRU15 dengan mendakwa ia adalah sedekah.

Pada masa sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut mendakwa PAS memberi wang tunai antara RM300 hingga RM600 kepada pengundi.

Author

Pilihan Editor