PASUKAN Perak FC memperkuatkan jentera serangan dengan mengikat Hadi Fayyadh, 23, untuk musim 2023. Hadi Fayyadh Abd Razak yang sebelum ini beraksi di liga Jepun selama empat tahun sejak tahun 2019 hingga 2022.
Pengumuman Hadi Fayyadh sebagai pemain terbaharu Perak FC dilakukan melalui laman Facebook rasmi Perak FC bersama pelancaran jersi terbaru pasukan itu.
Sebelum ini, Hadi Fayyadh telah menjadi pemain Malaysia yang pertama beraksi di J-League selepas mengikat kontrak bersama pasukan Fagiano Okayama yang beraksi di liga division dua liga Jepun. Namun, kerana kurang minit permainan, dia dipinjamkan ke kelab division tiga liga Jepun iaitu, Azul Claro Numazu.
Dengan pengalaman Hadi Fayyadh yang pernah beraksi di Jepun pasti menjadi sandaran buat jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim untuk membantu bahagian serangan Perak FC bagi musim 2023.