JOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat swasta dipercayai menjadi proksi untuk mendapatkan projek daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjumlah lebih RM1 juta, empat tahun lepas (2019), direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 47 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Johor Bahru, R. Salini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan pagi tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Menurut sumber lelaki itu ditahan di Pejabat SPRM Johor pada 11.35 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan.
Difahamkan, beliau dipercayai menjadi proksi kepada seorang pengarah GLC dalam mendapatkan kontrak-kontrak daripada GLC berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Ibu Pejabat SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit. – BERNAMA