HomeHiburanSarah tegur Syamsul lukai perasaan anak-anak

Sarah tegur Syamsul lukai perasaan anak-anak

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini bapa kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam menasihati anaknya agar memujuk hati Puteri Sarah Liyana yang sudah hancur akibat kecurangan anaknya itu sejak empat tahun lalu.

Berita berkaitan: Nombor telefon disekat, Sarah minta cerai di Instagram

Beliau berkata demikian ketika ditemubual program hiburan, Melodi di mana luahan hatinya yang kecewa terhadap sikap Syamsul diiringi air mata menyentuh hati ramai.

Terdahulu Syamsul telah menyekat talian telefon antaranya dengan Sarah sejak setahun lalu yang menyebabkan isterinya itu hidup terkontang-kanting dan disakiti emosi serta mental.

Mungkin Syamsul cuba memujuk Sarah dengan memuat naik gambar perkahwinan mereka serta gambar bersama isteri kedua, Ira Kazar namun caranya itu seolah-olah menambahkan minyak ke atas api yang sedang marak.

Berita berkaitan: Nombor telefon disekat, Sarah minta cerai di Instagram

Keadaan semakin panas apabila Syamsul menghantar satu kapsyen terbaharu yang membangkitkan kemarahan isterinya itu.

Menerusi hantaran terkini di Instagram milik pengarah filem Mat Kilau itu, dia menulis, “Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang & banyakkan bersabar. Doakan yg baik2.”

Bagaimanapun, Sarah menerusi Insta story menulis balas, anak-anak mereka malu dapat ayah seperti Syamsul.

Berita berkaitan: Nombor telefon disekat, Sarah minta cerai di Instagram

Tulisnya, “orang jahil akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu. I try not to react because damaged has been done but I feel so oblige to say that I am very dissapointed and ashame on behalf of my kids and family.”

“Syaikhul and Sumayyah sedang membesar and I cant deny them from phones. Don’t ever hurt my kids and their feelings. Think before u post anything.

“Jaga sensitivity terhadap anak2 dan family u.

“Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni,” tulisnya.

Terdahulu Syamsul turut memuatnaik gambarnya ketika berkahwin dengan Sarah dan Ira.

Berita berkaitan: Nombor telefon disekat, Sarah minta cerai di Instagram

Author

Pilihan Editor