HomeBeritaTPM zahir takziah atas pemergian Ramesh Rao

TPM zahir takziah atas pemergian Ramesh Rao

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa dukacita atas pemergian mendiang pegawai khasnya Datuk Seri Ramesh Rao pagi tadi.

“Dengan perasaan sedih dan dukacita, saya dan seluruh warga Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ramesh Rao a/l Krishna Naidu, Pegawai Khas yang meninggal dunia pada awal pagi Sabtu, 14 Januari 2023.

“Saya amat menghargai khidmat bakti dan jasa mendiang kepada masyarakat dan negara sebelum dan semasa beliau berkhidmat”, kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Justeru, Ahmad Zahid mendoakan semoga ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan mendiang tetap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang mereka sayangi.

Mendiang dilantik Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada TPM dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Menurut Malaysiagazette, mendiang yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ramesh dikenali sebagai individu yang aktif memperjuangkan kebajikan masyarakat di negara ini, terutamanya kaum India.

Pada 24 Disember lalu, pemimpin NGO yang juga penyokong Barisan Nasional itu dilantik menjadi pegawai khas Ahmad Zahid.

Author

Pilihan Editor